Saturday 19 January 2013

Pemantau Pilihan Raya Rakyat – Satu Inisiatif Rakyat Untuk PRU 13


Kenyataan Media, 8 January 2013

Pemantau Pilihan Raya Rakyat – Satu Inisiatif Rakyat Untuk PRU 13

Menjelang tahun baru 2013, rakyat Malaysia sedang bersedia untuk menghadapi satu pilihan raya umum yang paling penting yang pernah dihadapi negara semenjak beberapa dekad yang lalu. Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) akan menjadi satu peristiwa penting bagi negara kerana satu perubahan yang jelas di kalangan pengundi telah berlaku sejak pilihan raya 2008.

Anjakan ke arah sistem dua parti adalah langkah ke hadapan yang penting untuk demokrasi yang lebih bermakna dalam negara ini. Namun satu perkara yang lebih penting adalah kewujudan satu sistem pilihanraya yang demokratik yang merupakan satu kemestian. Meskipun BERSIH 2.0 telah berusaha dengan bersungguh-sungguh menggariskan pelbagai kelemahan dalam sistem pilihanraya pada masa ini, namun sedikit sekali tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan sendiri bagi melakukan perubahan yang bermakna.

Oleh itu, dengan menjelangnya pilihanraya dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang,BERSIH 2.0 bersama-sama dengan Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) dan Pusat KOMAS berhasrat untuk melancarkan kempen yang akan memainkan peranan yang besar bagi memastikan PRU 13 bebas dari penipuan.PEMANTAU, atau nama penuhnya, Pemantau Pilihan Raya Rakyat, bertujuan untuk terus meningkatkan lagi aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil dengan menggerakkan rakyat untuk berperanan semasa PRU 13 untuk memerhati proses pilihan raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.

Usaha ini tidak akan mengganggu perjalanan pilihanraya yang dilaksanakan oleh SPR serta tugas badan-badan pemerhati pilihanraya yang telah diberi akreditasi oleh SPR. Malah, usaha PEMANTAU akan menjadi usaha pelengkap kepada usaha untuk mencegah amalan penipuan seperti membeli undi, keganasan, pengaruh tidak wajar dan ugutan, penyalahgunaan sumber awam, media yang berat sebelah dan banyak lagi. PEMANTAU akan memantau proses pilihan raya semasa tempoh berkempen serta pada hari pengundian dan just akan menjalankan pemantauan media.

Ini akan dilakukan dengan cara yang tidak berpihak serta menggunakan metodologi yang memenuhi piawaian dan amalan antarabangsa.BERSIH 2.0 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang sebelum ini telah menunjukkan keberanian yang tinggi untuk memperbaiki keadaan demokrasi di Malaysia, untuk tampil ke hadapan dan menyumbang dengan cara yang bermakna bagi mencapai matlamat tersebut. Kita adalah warganegara Malaysia dan mempunyai hak untuk bertindak secara bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.Usaha ini memerlukan para sukarelawan yang ikhlas dan berani serta bersedia untuk menyumbang masa mereka semasa tempoh berkempen dan pada hari mengundi itu sendiri.

Tugas kita adalah untuk menjadi pemerhati yang adil bagi memastikan PRU 13 bebas dari sebarang penipuan.222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan memerlukan jumlah pemerhati yang ramai, namun PEMANTAU mensasarkan untuk memantau sebanyak mungkin kerusi bergantung kepada jumlah sukarelawan yang bersedia digerakkan. Keutamaan akan diberikan kepada kerusi-kerusi yang dijangkakan akan menjadi “kerusi panas”, marginal, bilangan pengundi baru yang tinggi atau yang telah terdapat banyak perkara yang tidak munasabah yang berlaku di situ.

Satu sasaran minimum yang konservatif sebanyak 10,000 sukarelawan diperlukan agar pemerhatian yang berkesan dapat dilakukan di peringkat akar umbi.Dalam minggu-minggu yang akan datang, sesi latihan dan pendaftaran sukarelawan akan dijalankan di setiap negeri dan bandar-bandar utama di seluruh negara. Satu senarai penuh tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. Jadual awal buat masa sekarang ialah:

• Sibu - 19 Januari• Kuala Lumpur dan Selangor - 30 Januari• Johor Bahru – 2 FebruariNantikan pengumuman lanjut dan layari laman web kami (www.bersih.org) dan Facebook(http://www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL), untuk maklumat terkini.

Bagi membolehkan usaha ini berjalan dengan lancar, kami merayu kepada orang ramai yang telah memberi sokongan kuat kepada usaha-usaha BERSIH sejak dua tahun yang lalu untuk memberi sumbangan kewangan. Semakin kita menghampiri PRU 13, ini adalah satu lagi detik penting bagi mereka yang bersedia untuk melangkah ke hadapan. Kami menggesa orang ramai untuk menderma RM10 (atau lebih) untuk projek ini, seperti butiran di bawah:

Sokong kempen "RM10 untuk PEMANTAU" dengan menderma kepada BERSIH 2.0: No Akaun: 12380000661-10-0Nama Akaun: Persatuan Kesedaran Komuniti SelangorBank: CIMB Islamic, Section 52, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Terima kasih.Salam BERSIH!Jawatankuasa PemanduGabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0)Jawankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada:Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin

No comments:

Post a Comment